Pages

Saturday 13 August 2011

Kenapa Uptrend berbeza dengan sistem bisnes yang lain?


Dipetik Dari Blog Zainking..

Assalamualaikum semua!
Sejak saya berkecimpung didalam bisnes Uptrend ini, saya telah mendengar pelbagai macam alasan dari sebilangan dari mereka yang agak tertutup fikiran mereka bilamana di ajak mengambil peluang menjana pendapatan dari bisnes Uptrend.

Semua nya bercakap seperti tahu benar tentang E-Dagang dan E-Networking, padahal masing masing samada telah gagal didalam usaha mereka sebelum ini didalam macam macam bisnes yang terbit tumbuh bagaikan cendawan hadirkan diri selepas hujan atau tidak reti cara niaga.

Macam macam skim, macam macam kaedah direka cipta untuk mengaut secebis keuntungan dari mereka yang tengah dihimpit masaalah hutang dan beban kewangan.

Mereka yang telah ditipu orang, amat ramai dan kini mereka seolah berdendam dengan sesiapa sahaja yang datang menunjukkan kepada mereka peluang peluang baru membuat duit.

Jadi tanpa usul periksa, si pendendam akan menyatakan itu dan ini membantah setiap patah perkataan dari pencadang bisnes kepada mereka. Saya faham betapa sakit hati mereka ini yang menjadi mangsa si penipu dan pengelat. Siapa yang tak sakit hati bila sedar diri menjadi mangsa yang rakus membolot wang ringgit orang lain tanpa belas kasihan dan timbang rasa?
*********************************************************
Pendapat LizabahagiWorld :

Satu lagi info berguna dari saudara, atau layak digelar Ayah yang saya jumpa dan baca dengan teliti, dengan search Google Uptrend2u Penipu, saya click untuk mendapat kepastian jika ade bukti2 sahih mengatakan skim uptrend ni menipu, tapi bila bace dengan teliti baru lah faham itu hanya kata kunci atau tajuk yang femous dikalangan kita [melayu] yang hanya suka melihat kegagalan atau berita buruk pada mana2 skim menuju kajayaan dalam bisness..

Bukan mahu mengutuk, tapi sikap kita yang sentiasa pasif serta negatif membuatkan kita sendiri kebelakang..[termasuk diri saya] jadi adalah bonus di bulan Ramadhan ini kita bersama2 mencari rezeki 'lebih' untuk sama2 dirasai seisi keluarga, saudara mara dan sahabat handai.

Bagi saya yang masih baru serta mentah adalah lebih praktikal dan baik untuk berkongsi buah fikiran dan pengalaman orang lama ini dalam skim ini. Cikgu Amirudin  yang baik perketinya. Sila baca sehingga habis dan fikirlah sedalam-dalamnya. Insya'allah.. 



Sejak zaman dahulu kala lagi manusia tidak segan silu menipu, membohongi sesama manusia tanpa rasa takut kepada Allah! Apatah lagi dizaman serba canggih ini? Kaki kelentong dan putar alam terlalu ramai didalam masyarakat!

Dah terantuk baru hendak tengadah! Apa nak buat? Dah nasib lah katakan. Begitu lah selalunya alasan simangsa cuba untuk membela diri yang senantiasa di rundung malang. Entah lah! Orang kita ni terlalu berfikiran sempit dan selalunya suka merajuk tak tentu pasal. Apa faedahnya terus bersikap sedemikian?

Hidup ini bukanlah boleh kita tentukan setiap sesuatu yang berlaku. Kita cuma sekadar boleh merancang dan cuba melaksanakan apa yang terdaya. Jika ditakdirkan kita gagal atau ditipu dek orang ; apakah perlu kita terus menidakkan peluang peluang baru yang datang?

Dimana ada kepastian bahawa sesuatu perkara baru itu pasti akan berulang titik tolak kegagalan sama seperti dahulu? Sudah semestinya tidak ada!

Jika kita ditakdirkan jatuh tersungkur akibat kaki tersadung akar, adakah kita harus terus tertiarap dibumi atau kita harus bangun, mengibas debu dan pasir pada diri dan muka serta terus melangkah maju ke arah yang mahu di tujui?

Tak ada jaminan bahawa kita kan terus hidup sejam lagi atau sesa'at lagi. Gunakan lah setiap detik, setiap sa'at untuk berusaha memajukan diri sendiri dengan berbuat sesuatu yang ternyata berhasil dari menyumpah diri, menyalahi nasib, mengeluh tentang itu dan ini yang sudah pasti tidak pernah membawa sebarang faedah kepada sesiapa apatah lagi untuk diri sendiri.

Cukuplah dengan apa yang telah berlalu. Jadikan ianya satu tauladan dan usah tertipu lagi.
Berhati hati itu memang perlu tetapi berdegil membantah rezeki yang datang kepada kita itu adalah perkara paling bodoh dan merugikan kita.

Jangan terperangkap dengan nafsu sendiri yang menjulangkan ego dan menginjak peluang yang datang. Gunakan akal fikiran untuk mentafsir ; apakah ini dia peluang yang dinanti nantikan atau adakah daku kan kecundang lagi?

Selidikilah tentang apa yang saya bentangkan ini. Buatlah kajian terperinci tentang latarbelakang syarikat dan sejarah perniagaannya. Semaklah dengan pihak berkuasa. Rujuklah kepada enjin pencari didalam internet.

Jika ada keburukannya pasti kan timbul didalam hasil carian Google atau Yahoo. Tidak terlepas sebarang data atau maklumat sekecil mana sekalipun dari sistem penyimpanan maklumat didalam jaringan internet. Lambat lepa akan tersingkap dan terpapar jelas di skrin komputer kita tentang segala sesuatu yang terakam didalam internet.

Taip saja apa yang mahu kita cari di dalam ruang carian di internet. Insya Allah akan dapat kita carinya.

Saya ingin berkongsi dengan anda tentang pelbagai macam bisnes atau skim yang berbeza diantara satu sama lain didalam dunia perniagaan jualan langsung atau MLM sebelum ini. Bisnes Uptrend yang saya sedang majukan adalah jelas berbeza dari segala skim yang ada sebelum ini.

Sistem Uptrend merangkumi bisnes perniagaan E-Dagang dan juga E-Network atau rangkaian perniagaan melalui internet.

Ada dua macam produk jualan syarikat dan juga sistem yang disediakan untuk mereka yang mendaftar dan membayar untuk menggunapakai sistem canggih E-Dagang Uptrend.

Ada produk nyata dan ada produk maya. Produk nyata adalah seperti makanan penambah kesihatan seperti 'supplement' , produk minuman kopi cendawan merah dan kopi eksotika, CD Rom untuk Terapi Penenang Mental, serta pelbagai benda lagi.

Produk Maya Uptrend pula menawarkan penggunaan sistem Pejabat Maya Pedagang Uptrend.
Ada 9 jenis sistem yang diberikan untuk ahli Uptrend yang mendaftar dan membayar modal untuk menjalankan perniagaan GBE @ 'Global Business Entrepreneur'. Bermaksud Usahawan Dagangan Global. Kos pendaftaran GBE? Cuma RM456.00 bagi satu lot bisnes ini.

Pedagang Kelas GBE Uptrend akan menerima :
  1. Pejabat Maya ( Didalam Internet)
  • Profail Diri
  • Laman Web Peribadi ( 5 Muka)
  • Kad Keahlian
  • Jadual Aktiviti Taklimat Perniagaan, dsbnya.
  • Sistem Dagangan Mudah Alih ( Bergerak )-akan dilancarkan nanti
  • Khidmat SMS
2. Internet Telephony
  • Nombor SIP Percuma (028 ke 028)
  • Sistem Panggilan Balik / Sistem VOIP ( Voice over Internet Protocol)
  • Sistem Panggilan Bersidang (akan dilancarkan nanti)
3. Sistem Mengesan Bisnes E-Dagang
  • Rangkaian Rakaniaga
  • Rajah Perletakan Bisnes Rakaniaga
  • Penyata Bonus Pendapatan
  • Penyata Pendapatan Tahunan
4. Sistem E-Dompet Dagangan
  • e-pendaftaran
  • e-pengeluaran
  • e-pemindahan
  • e-penambahan modal dagangan
  • e-poin pedagang
  • e-poin
5. Sistem Pemasaran
  • Penyampaian Perniagaan secara 'Flash Presentation'
  • LGP-Lead Generating Software- Sistem Menjana Data Prospek
6. E-Mall / Galeri Pedagang Maya
7. E-Belajar / Platform Mentor
8. Sistem Sokongan Pedagang E-Dagang
  • Portal E-Niaga (Trade Titans)
9. 1 Lot Niaga (Internet Business Centre) didalam Pelan A.
Bayangkan mendapat semua ini dengan membayar modal serendah RM456.00? Kalau masih ada yang rasa ianya terlalu mahal untuk berniaga secara bijak dan terbukti berhasil, pada pendapat saya, tidak payah lah masuk perniagaan ini.
Lagi pun bukan semua yang boleh berdagang. Kebolehan berniaga ini adalah satu kemahiran yang dipupuk dari sehari ke sehari atau memang seseorang itu ada kebolehan berurusan dengan orang lain secara alami.
Macam orang menjadi guru atau pendidik. Hanya sebilangan manusia yang ada kemahiran atau kemampuan untuk mendidik dan membimbing. Begitu juga dengan peniaga.
Berapa banyak yang cuba berniaga tetapi selalunya tidak kemana kerana mereka tidak menuntut ilmu perniagaan.
Ilmu tentang cara cara berniaga amat luas sekali. Ianya di ajar di institusi pengajian tinggi dan kolej kolej diseluruh dunia. Namun saya lihat, ramai graduan Ilmu Perniagaan yang gagal didalam lapangan niaga. Kenapa ini terjadi?
Punca nya adalah kurang menambah Ilmu Perhubungan sesama manusia. Mereka gagal berhubung secara alami dengan pelanggan mereka.
Untuk berjaya didalam perniagaan, perlu ada Kemahiran Sosial. Kita berurusan dengan orang. Bukan dengan mesin atau haiwan.
Manusia ini ada pelbagai ragam dan perangai. Kita perlu tahu cara cara berurusan sesama manusia.
Kejayaan seseorang pedagang atau peniaga adalah terletak kepada kejayaan ia berhubung secara ikhlas dengan pelanggan atau rakaniaganya. Mesti ada kesefahaman diantara mereka.
Jika kita selesa berurusan dengan seseorang itu, ada kemungkinan akan terjalin satu hubungan niaga yang berjaya. Bila kita suka berurusan dengan sesiapa , maka akan ada kejayaan urusan jual beli atau ikatan perniagaan diantara kita dan mereka.
Ini yang gagal dicapai oleh graduan Ilmu Perniagaan yang gagal didalam perhubungan sesama mereka dan pelanggan mereka.
Oleh sebab itu, didalam lapangan perniagaan, kita selaku pedagang perlu mempelajari sikap dan sifat sesama manusia.
Perlu kita tahu cara cara bertutur, berhubungan dengan pelanggan atau bakal rakaniaga kita. Kita tidak boleh berjaya didalam perniagaan kita jika kita gagal berhubungan niaga dengan mereka dan gagal mendapat kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap kita dan perniagaan kita.
Sikap telus amat penting didalam berniaga. Kita tidak boleh menyatakan atau menjanjikan sesuatu yang luar dari rangkuman perniagaan kita.
Sebagai contoh, bilamana kita menyampaikan taklimat tentang perniagaan Uptrend ini kepada bakal rakaniaga kita, kita tidak lah boleh berkata bahawa mereka cuma perlu berdaftar dengan kita dan membayar modal; kemudian tidak payah berbuat apa apa ; akan ada hasil lumayan untuk mereka selepas itu!
Perniagaan E-Dagang Uptrend tidak begitu.
  • Perlu ada aktiviti dari ahli Uptrend.
  • Perlu hadir belajar tentang latarbelakang syarikat.
  • Perlu belajar tentang Pelan Pemasaran.
  • Perlu belajar cara cara menggunakan sistem Uptrend untuk Pakej GBE ( Virtual Products Package).
  • Perlu berhubung dengan Upline selalu.
  • Perlu hadir ke Ibu Pejabat Uptrend atau Pusat pusat Uptrend untuk mengikuti perkembangan semasa dan berita berita terkini atau pembaharuan sistem, dsbnya.
  • Perlu ada sikap dan sifat mesra pelanggan dan sesama ahli Uptrend.
  • Perlu ada kemahuan untuk memajukan diri dan menambah ilmu pengetahuan.
  • Perlu ada usaha memperkenalkan bisnes Uptrend kepada bakal rakaniaga baru.
  • Perlu ada hubungan baik dengan rakan rakaniaga kita.
  • Perlu hadir ke setiap taklimat terbaru perniagaan Uptrend supaya tidak ketinggalan didalam perkara perkara terkini mengenai bisnes Uptrend
  • Perlu memahirkan diri menggunapakai sistem Uptrend yang serba canggih dan terkini.
  • Perlu ada keyakinan tinggi terhadap diri, syarikat dan produk syarikat samada nyata atau maya.
  • Perlu ada sikap berusaha dan terus berusaha secara bijak dan tepat untuk mencapai kejayaan sebagai Pedagang Uptrend dan berupaya memimpin kumpulan niaga sendiri !
  • Sentiasa mengemaskini dan berusaha memajukan diri didalam semua lapangan yang boleh.
  • Insya Allah, anda dan saya pasti akan berjaya. Percayalah!
Sekian dulu buat pagi Isnin ini. Semoga, yang berminat tu, usahlah membuang waktu, memikirkan benda benda yang lalu, terus hubungi saya ditalian 017-6410064 [Liza] untuk mendapatkan temujanji dengan saya di KB dan JERTEH.
Bagi mereka yang tinggal di negeri negeri lain atau di negara negara lain, kita masih boleh berhubung niaga melalui emel dan chat didalam Internet. Zaman ini kan ada macam macam alat komunikasi. Perhubungan secara maya. Bisa di atur beb. Mahu tak mahu saja.
Kan, duit modal pun boleh dideposit kedalam sistem Deposit Tunai mana mana bank didalam dunia? Tinggal, hendak dipastikan nombor akaun dan nama penerima sahaja.
Insya Allah, kalau mahu le, boleh kita berhubungniaga lepas ini. Janji , kepala mesti 'line clear'. Jangan duduk bermenung lama lama. Tak dibayarnya kat kita untuk duduk mengelamun. Takde hasilnya. Kalau hendak berjaya, ikut lah cara orang berjaya. Pasti boleh!
Tanpa tuan / puan berusaha membaiki ekonomi diri dan berusaha bersama kami didalam Uptrend ini, maka tidak akan berubah lah kedudukan kewangan anda jika masih dihimpit hutang dan bil bil tertunggak. Setakat hendak bermimpi indah, semua orang boleh.
Tetapi hakikatnya, jika kita tidak berbuat sesuatu untuk menambah rezeki kita, maka kita tetap akan berada dikeadaan yang sama seperti sekarang biar sampai Kiamat! Setuju ke tidak?
Marilah bersama saya dan rakaniaga didalam Team ZAINKING mengubah nasib kepada berjaya menjadi jutawan didalam setahun dua akan datang! Insya Allah.
Semoga Allah SWT mempermudahkan anda menyertai saya didalamUptrend Networks! Amin.

1 comments:

~PakKaramu~ said...

sALAM ZIARAH DARI pAK kARAMU+

Post a Comment